20 October 2014

Sayf 2nd Birthday Bash

Assalamualakum wbt..,

Alhamdulillah, 19/10/14 genaplah Muhammad Sayf Zhafir Bin Mohd Zaki 2tahun..

Masih belum fasih bertutur.. Tapi cukup terer bila sambung hujung-hujung ayat.. Kalau surah Al-Fatihah dan Kursi tu mmg khatamlah. Tak pun lagu-lagu terkini yang hangat di pasaran. Contoh lagu yang terbaru John Legend - All of me.. Haha!

Sayf tak berapa suka bergaul dengan rakan-rakan sebaya.. Kalau join pun sekejap je pastu dia buat hal sendiri.. Dia lebih sukakan abang-abang.. So kalau balik Semenyih, pakcik-pakcik sedara kena bulilah melayan karenah dia.. Hehe..

Minum susu Dugro step 1-3.. Mama kena cut cost banyak ni sebab next year nak dapat adik kannnn.. Haha!

Hujung bulan ni kami berpindah di rumah sewa lain. Dekat dengan rumah mak. Senang sebab next year Sayf dah masuk sekolah, adik pun hantar babysitter. Masih belum mampu beli rumah sendiri. This year 2014 nampaknya belum ada rezeki, hopefully next yearlah ya.

Hope Sayf membesar dengan baik, sihat walafiat, cergas, cerdik, bijaksana, genius, pandai dan menjadi anak yang soleh serta taat pada segala perintah Allah. Pandai-pandialah berdikari bila dah dapat adik nanti ya.

Seronoknya walaupun still belum tahu cara nak meniup lilin.. Tugas tu diserahkan kepada sepupunya, Khalish

Sibuk buat hal sendiri.. Sibuk dengan belon-belon dia..

Kek tak nak makan.. Sibuk nak makan buah-buah atas kek tu aja..

Bukan senang nak ambik pic Sayf.. Tak duduk diam.. Rasanya inilah yang paling proper..

Nyum-nyum.. 


Still sibuk dengan belon-belon.. Tak hiraukan orang lain..

Tengok tu.. Tengah "buat kuih" di suatu sudut.. Siap cium dinding.. Kiki

3 of us..

I love u so much!

No comments:

Post a Comment