14 November 2014

Setelah 13hari bertarung..

Assalamualaikum wbt...,

Setelah 13hari bertarung.. Dari 31/10 sampailah 12/11..

Akhirnya..

Mama legaaaa..

Sayf dah TAK hisap puting lagi!

Sayf memamg buat perangai sepanjang 13hari ni.. Macam-macam gaya.. Semua serba tak kena.. Dahlah kita sibuk dengan pindah rumah.. 

Asalnya puting tu koyak. Padahal ada je puting baru spare dalam handbeg. Tapi aku bertekad memang nak stopkan. 

Sebabnya adalah Sayf dah 2tahun, next year dah nak masuk sekolah dan lately dia berani minta puting depan orang ramai. Malu mama tau! 

Selalunya puting ni digunakan waktu nak tidur je. Sambil-sambil gentel telinga, ditambah pula puting ada kat mulut menjadikan Sayf mudah nak tidur. Kalau dalam kereta, lagi senang sebab aircond direct.. Haha..

Inilah rupa puting Sayf.. Tak ingat dah berapa kali tukar sebab koyak.. Adalah kot 5-6kali..

Sebelum ni masa ada puting, Sayf memang betul-betul behave. Waktu siang pun tidur 2kali (11am & 4pm).. Malam pun selalunya 10pm dah masuk tidur. Tutup je lampu, pas minum susu terus sumbat puting, tepuk-tepuk sikit pastu tidurlah dia. Bila dah lena barulah angkat masuk dalam baby coat. Senang sangat..

Tapi bila dah putus puting ni, Sayf jadi hyper semacam. Gaya orang yang memberontak pun ada.. Serba serbi tak kena. Mengamuk.. Nangis pun lain macam. Maybe itu cara Sayf melepaskan geram.. Asyik minta susu je. Buat penuh sebab kalau cepat habis jadi mengamuk. Sampai muntah-muntah sebab teroverdose susu. Mama pun jadi panik..

Bila dia mengamuk-ngamuk minta puting, aku tunjuk je puting yang koyak tu. Pandai pula dia reject dengan sendirinya. Yang kelakar Sayf tak pandai sebut puting tapi dia panggil "gaya atau efe').. Haha dari mana ntah sumber ilham yang dia dapat.. So bila ke mana-mana, memang bawak puting koyak tu as a bukti. Supaya dia faham puting tu memang dah tak boleh guna lagi.

Malam-malam Sayf buat aksi akrobatik atas katil. Mata dah mengantuk tapi paksakan diri supaya tak tidur. Kitaorang kalau ikutkan nak je buat tak tahu je sebab lampu dah tutup kan. Tapi risau pulak jatuh katil. Terpaksa jugak melihat aksi Sayf. Akhirnya pas buat susu 1round lagi, barulah Sayf tidur. Penat gamaknya. Yelah dari 11malam sampai nak ke 12 or 1pagi.. Ya adoooi..

Dalam hati terdetik jugak, Sayf ni tak serasi dengan rumah baru ke sampai susah nak tidur malam. Tiap-tiap malam pasang ayat Ruqyah. Tapi aku percaya, semua kerana puting tu. Haha..

Akhirnya sampailah hari ke-13.. 

Alhamdulillah. Sayf dah back to normal. 

Tutup lampu, baring atas katil sambil minum susu. Dalam masa yang sama aku bacakan ayat 3 Qul sambil usap-usap kepala.. Bila susu dah habis, pindah tidur atas riba aku pula. Masih usapkan kepala.. 5-10minit tidurlah dia.. Pastu pindahkan dalam baby coat. Tidur lena sampai pagi esoknya..

Hari ke-13.. Termenung jauh sambil menunggu susu siap..

Keesokkan harinya.. 8.30am still lena.. Berpeluh-peluh mama bawak awak turun tangga.. 

Hari ke-14.. Still gentel telinga.. Tapi puting dah tak ada.. Hehe

Ni pic pagi tadi.. 6.45am dah bangun sebab semalam 10.45pm dah tidur.. Terus mood baik, asyik senyum je..

Syukur.. Syukur.. Berkat hari Jumaat harini, lega hati aku.. 

Dah 2malam Sayf tidur lena atas riba. Maybe dia tahu lagi 2bulan nak dapat adik so nak manja puas-puas. Okay tak apa Sayf, mama relakan.. Hehe

Disebabkan Sayf dah behave semenjak 2hari ni, sempat lagi malam tadi aku buat muffin banana choc.. Haha

Okay Sayf, besok pagi kita breakfast kat PD and stay 1malam kat sana. Yeayyy!

I love u so much sayangku Muhammad Sayf Zhafir!!!

Daaaaaaaa~








No comments:

Post a Comment