10 December 2014

Happy 3rd Anniversary..



3/12/2011 - 3/12/2014

Suamiku,

Terima kasih atas segala-galanya. 

Tak terbalas di atas susah payah menjaga karenah isterimu ini.

Masih panjang perjalanan hidup ini. Tak dapat dibayangkan sebesar mana dugaan yang sedang menunggu kita.  Bila saat sukar itu tiba, semoga kita kuat, tabah dan sentiasa mengingati-Nya... 

Ya Allah, sentiasalah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan yang benar dan diredhai-Mu. Janganlah kau lalaikan kami. Janganlah kau masukkan kami dalam golongan-golongan yang dibenci oleh-Mu.

Aku bermohon agar kau panjangkan umur suamiku, sentiasa dekatkan hatiku dengan hati suamiku, hati suamiku dengan hatiku. Permudahkan setiap urusan suamiku dalam mencari rezeki buat kami. Lindungilah suamiku dalam setiap perkara yang dilakukan. 

Mekarkan cinta, kasih dan sayang kami hingga ke jannah.

Kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah..

Ya Allah, aku hanya ingin menjadi isteri yang solehah, dikasihi, dirahmati dan sentiasa dihati suamiku..

Amin3..



2 comments:

  1. Alhamdulillah...semoga panjang jodohnye sehingga ke Jannah..amin

    ReplyDelete
  2. Salam kenal. Happy anniversary...semoga berbahagia ke syurga.
    Jemput singgah blog saya http://alamwellness.blogspot.com

    ReplyDelete