23 January 2015

Salam Jumaat.. W39 sudah..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, berkat hari Jumaat harini, Sayf dah tak nangis kat sekolah.. 3weeks melayan karenah Sayf.. Harini first time Sayf terus masuk ke kelas tanpa menoleh ke belakang.. Alhamdulillah, syukur3..

Penat rasa jiwa ni bila tengok Sayf menangis everytime masuk kelas. Siap boleh rosakkan mood kita nak ke office. Luluh hati bila tengok anak meronta-ronta nak ikut kita.. Tapi padahal bila masuk kelas, lepas 5mins dia okay je. Cuma proses nak transform dari gate sekolah ke pintu kelas tu cukup mencabar bagi aku. Dengan minta dukung, dahlah aku tengah sarat mengandung. Kadang-kadang tu terpaksa gak dukung sebab nak pujuk punya pasal..

Rutin pagi-pagi, hantar Sayf dan sepupunya, Khalish..

So harini barulah terasa lapang dada. Kebetulan hubby pun ikut hantar sekali tadi, dia pun lega. Alhamdulillah..

This week kandungan aku dah nak masuk 39weeks. Last check up doctor cakap baby dah engaged. So menunggu jelah. Doctor nak bagi cuti, tapi aku tak nak. Saje nak buat tak tahu. Kalau pi ofis, taklah rasa nervous sangat kalau daripada duduk rumah menunggu masa. Seriously memang rasa tak sabar. Tapi dalam masa yang sama nervous tak hengat..

Hopefully cepat-cepatlah Sayf faham yang dia akan menjadi seorang abang. So far bila tunjuk perut kat Sayf, habis ditepuk-tepuknya.. Bila tanya "Sayf nak adik tak?".. Jawapannya "Nanak adikkk".. Haha

Risau juga dengan hubby. Hope dia pun pandai menguruskan dirinya dan rumahtangga sepanjang aku berpantang nanti. Semoga segalanya dipermudahkan. Aminnnn

Okaylah, nak sambung kerja..

Daaaaaaa~

No comments:

Post a Comment