07 January 2015

Sayf first day sekolah..

Assalamualaikum wbt,

Seriously bila besok first day anak nak ke sekolah, kitaorg as a parent pun over excited. Rumah dah kemas awal-awal, baju dah siap gosok, beli barang dapur, tidur pun awal. Memang semangat lain macam.. Dalam hati ada juga rasa resah gelisah, memandangkan Sayf baru je 2tahun 2bulan.. Walaupun Sayf dah recognize ABC/numbers 1-20/shapes/colors dengan baik tapi Sayf masih belum boleh bertutur dengan baik (in terms of daily communication), belum memahami arahan dan masih pakai pampers.

Terfikir juga sama ada betul ke keputusan aku hantar Sayf ke tadika seawal ni. Majoriti akan kata "kesiannya hantar anak sekolah awal-awal, nanti dia cepat bosan".

Lantaklah apa orang nak kata..

Niat aku memang nak anak bijak pandai, tapi dalam masa yang sama nak Sayf pandai berkawan & bergaul. Lagipun tadika tu dari 8.30-11-30am je. At least ada something yang dia belajar daripada duk rumah tengok Tv / menghadap Ipad. Lagipun cousin Sayf, Khalish sekolah di tadika yang sama tapi kelas 4tahun. Sayf boleh jadi pencetus semangat buat Khalish juga. 2-2 manja.. Haha

1st day sekolah:
Aku bangun 6.30pagi. Ajaib betul bangun je aku terus pi mandi. Biasanya hubby yang mandi dulu then baru kejutkan aku, haha. Pas bersiap semua aku terus turun siapkan breakfast. Sejak preggy ni memang tugas hubby mandikan Sayf. Syukur sangat sebab ringan sikit rasanya..

Turun je bawah terus tengok cerita favorite Sayf "Timmy Time"..

Sampai je sekolah, terus pi playground.. Nampak happy..

Masuk je kelas, teacher keluarkan blocks.. 

Nampak happy tapi memanjang suruh kite duduk sebelah. Dalam hati aku, tak apa. 1st day pun kan. Kasi can dulu kat Sayf. Lagipun 1st week sekolah sampai 10am je pun. 

2nd day sekolah:
Aku masih excited sebab ambik cuti 2hari. Macam biasa pas solat dan bersiap semua, aku siapkan brekafast dan hubby siapkan Sayf. Dah hensem dengan uniform sekolah, Sayf poopoo pulak. Nasib waktu tu masih awal so tak rushing..

Baru pas wash poopoo..

Sempat lagi berselfie.. Abaikan mukaku yang sembab itu.. Dah 36weeks pun..

Sampai je sekolah, Sayf sempat main kat playground sekejap je sebab loceng dah bunyi. Sayf terpinga-pinga nampak budak-budak semua berpusu-pusu masuk kelas. Aku pun pelik camne ntah Sayf boleh follow sekali budak-budak tu. Pastu cepat-cepat teacher dia tarik masuk dalam kelas. Aku pun lari keluar, biarkan hubby tinjau dari luar. Memang dengar Sayf meraung sekuat hati, haha. Tapi aku keraskan hati taknak tinjau langsung. Adalah dalam 20-30mins dengar Sayf menjerit. Pastu principle sekolah tu on CCTV, nampak okay je pulak duduk semeja dengan kawan-kawan lain. Haha.  

Bila dah 10am, Sayf pun keluar kelas. Terus peluk aku, sampai kata "mamaaa..mamaaa". Tersedu sedan jugak. Sampai berkerak hidung sebab selsema. Haha. Nak cerita mungkin tak pandai lagi. Teacher kata Sayf muntah. So teacher pakaikan baju lain, haha. 

Tapi tak apalah, aku cekalkan hati. 1st week memang kena banyak bersabar. Baik aku mahupun teacher sekolah tu. Kikiki.

3rd day sekolah:
Aku dan hubby dah start kerja. So pagi ni kena siapkan Sayf. Rushing sikit sebab Sayf kalau dengan mama dia, asyik berlakon tidur je bila suruh mandi. Pandai buat perangai, tapi pada aku sangat-sangat comel okay. 

Sampai je pagar sekolah, Sayf dah taknak masuk. Dia dok suruh aku dukung. Hisshhh, aku tetap tak layan. Aku banyak kali cakap, jom main buai. Tapi buai asyik penuh je so tak sempat nak main buai. 

Bila loceng bunyi, Sayf dah pegang tangan aku kuat-kuat. Okaylah tak apa, aku hantar depan kelas. Tapi bila time nak bukak kasut, dia terus meraung. Dia ambik balik kasut sambil kata "shoes..shoes", maknanya suruh aku pakaikan balik. Teacher dukung dia masuk dalam kelas. Aku memang tak sampai hati. Tapi kaki aku melangkah jugak masuk dalam kelas. Sayf meronta-ronta peluk aku, haha. At last aku bgtau teacher, "I want to go out now, please handle him". Terus aku keluar. Dalam hati memang rasa hiba sangat.

Atok yang jemput Sayf & Khalish. Sayf tukar baju juga harini. Teacher kata pampers bocor. Haha. Mesti stress teacher tu kan. 

Besok camne pulaklah drama Sayf...

Hubby offer nak hantar Sayf pagi besok. Dia pun tak senang hati. Tengoklah cam mana. Hope Sayf cepatlah faham dan pandai berdikari.

Okaylah, daaaaa~


No comments:

Post a Comment