27 January 2015

Terasa sayu dengan Sayf..

Assalamualaikum wbt...,

Di waktu penghujung ni, macam-macam fikir.. Cuba nak buat tak tau tapi still terlintas juga dalam kepala otak ni..

Fikir bilalah nak bersalin.. 

Fikir dalam labor room camne nanti..

Fikir bersalin normal or csec..

Tapi yaaaang paling kuat fikirkan Sayf camnelah bila dapat adik nanti..

Memang terasa sayu bila tengok Sayf. Lately seboleh-boleh dia nak aku dukung everytime family outing. Bila cakap mama dah tak larat, biar abi dukungkan, dia akan merengek-rengek. Once aku dah dukung, dia akan baring kat shoulder sambil tepuk-tepuk belakang aku. Memang sweet gila. Pernah juga bila Sayf terjaga awal pagi, abi akan angkat Sayf dari baby cot dan pindahkan Sayf sebelah aku, then dia akan tenung mata aku pastu kiss aku. Aku saje-saje buat tidur. Ya Allah, comel sesangat..
 
Memang terasa Sayf manja sangat. Rasa sedih pun ada sebab bila-bila masa je adik Sayf nak keluar. Macam manalah 1st reaction Sayf bila tengok mama dia kat hospital nanti. Hissshh rasa nak meleleh airmata ni.. 

Hope Sayf cepat faham..

Nanti Sayf ada kawan, boleh main sama-sama ya..

Mama tetap sayangkan semua..

Wajah-wajah yang hampir setiap saat dirindui..

Okaylah, nak rest kat surau jap..

Daaaaaaa~

No comments:

Post a Comment