12 February 2015

Amalan semasa mengandung

Assalamualaikum wbt,

Berikut merupakan amalan aku sepanjang mengandungkan Seri Zawiya..

1st trimester

1) Bila tau je preggy, terus beli Neurogain

2) Still continue Pramilet, sebab sebelum conceive pun memang dah start makan hehe

3) Try jugak beli susu ibu mengandung tapi tak boleh masuk sebab manis sesangat. So minum susu Anlene (creamy) je sepanjang preggy kali ni. Alhamdulillah tak krem pun kaki.

4) Syukur aku tak mabuk teruk. Tak ada muntah-muntah. Cuma sakit kepala sampailah ke 3rd trimester. Bila kepala berdenyut sesangat, aku telan paracetamol 2biji (insyaAllah, no harm for the baby)

5) Balik je ofis, pas solat isyak garenti terus ZZzZzzzZzzzz..

RM42.90 utk 30tablets. Sehari sebiji.

Rm16.90 utk 30tablets. Sehari sebiji.

Rm22.90 sepaket. Minum segelas pagi dan segelas malam.

2nd trimester

1) Still continue makan Pramilet + Neurogain + Susu Anlene

2) Amalkan baca surah Luqman seberapa banyak yang boleh..

3) Control makan nasi 1x je sehari waktu tengahari. Malam sebelum tidur makan oat. 

4) Kepala masih sakit. Waktu ni aku dah tak keluar lunch. Sebab balik ofis mesti sakit kepala. Biasa aku tapau siap-siap waktu pagi. Nasib ada kedai yang dah siap awal lauk tengahari. So sekali jalan jelah senang cerita..

5) Waktu 6bulan aku sibuk pindah rumah. Pinggang kiri aku memang KO habis. Bila buat kerja lebih sikit, mesti tak boleh bangun. Just tampal koyok dan minta hubby sapukan muscle relex punya krim.

3rd trimester

1) Still continue makan Pramilet + Neurogain + Susu Anlene

2) Amalkan baca surah Maryam sebarapa banyak yang boleh.. Disebabkan surah ni agak panjang, so 2hari baru habis. Biasa aku baca kat surau ofis lepas solat Zuhur..

3) Once dah 36weeks, aku amalkan susu kambing HiGoat. 1pek ada 15sachet. So aku beli 2paket siap-siap. Bekalan sampai 40weeks

4) Once dah 36weeks, aku amalkan minum air milo + 1sudu minyak kelapa dara sebelum tidur. Campur sekali dengan air milo tu. Try juga minum kelapa dara tu pakai sudu. Tapi nak termuntah. Geli geleman tekak aku. Kalau nak sapu vagina pun boleh juga. Tapi aku buat beberapa kali je. Tak selesa sebab rasa mcm basah je kat situ.

5) Once dah 36weeks, aku amalkan makan telur ayam kampung separuh masak sebelum tidur. Biasa sekali masak 2biji. Hubby pun tumpang sekaki. Kadang-kadang terskip jugak. Tak sempat. Hehe..

6) Once dah 36weeks, aku amalkan yoga. Ada a few steps yang korang boleh  buat berulang kali bila ada masa. Especially sebelum nak tidur tu. Aku buat atas katil je sambil-sambil tidurkan Sayf. Boleh search "yoga for natural birth" kat Youtube

7) Sakit kepala masih ada. So macam biasa, kalau dah tak tahan sangat aku terus telan paracetamol 2biji. Sakit pinggang pun still ada. Hubby jelah yang jadi mangsa tukang urut.

8) Banyakkan berjalan. Bolehlah masa yang ada tu diluangkan bersama hubby & Sayf waktu weekend.

9) Jangan lupa pakai panty liner. Bila dah hujung-hujung selalu keluar lendir kat vagina tu. Aku pun kena gak gatal-gatal waktu 35weeks. Nasib ubat yang doktor bagi berkesan. Tak ingat pulak nama ubat. Tapi kalau kena, terus je bgtau doktor waktu check-up tu. Senang nanti terus je doktor tengokkan.

10) Oh ya, makan taufufa banyak2 bila dah hujung-hujung tu.. Kulit cantik nanti, insyaAllah..

Ada 15sachet. RM30..

Orang kedai jamu tu yang recommend brand D'Herbs ni. RM30 sebotol.

Alhamdulillah, semuanya dapat aku lalui dengan baik. Seri Zawiya pun tak ada jaundice. Kami sihat walafiat. Syukur ya Allah.








2 comments: