11 February 2015

Pengalaman bersalin Seri Zawiya

Assalamualaikum wbt..

Harini merupakan hari ke-10 berpantang. Masih belum sihat sepenuhnya, especially part yang kena jahit tu. Berjalan pun tak betul lagi. Belum berani naik tangga. Duduk atas lantai pun belum boleh lagi sebab nanti satu hal pulak bila nak bangun, sebab kena berpaut. Nak duduk kena cari tempat yang lembut-lembut, kalau tak memang sakit bawah tu..! Tak apa, sabar jelah. Nanti baiklah tu. Yang penting aku dapat merasa bersalin normal! 

Sementara Seri tengah lelap tidur, meh aku share pengalaman bersalin anak kedua ni.

14/1/2015 (Rabu, W37)

Sakit perut start dari 2am. Sakit macam senggugut. Kaki tiba-tiba sejuk mcm nak demam. Dalam hati dok kata ehhh baru W37, awal lagi kalau nak bersalin ni. Baru check-up dengan doktor semalamnya. Doktor just kata kepala baby dah menuju ke bawah. Kejut hubby yang sedang lena dibuai mimpi. Kebetulan masa tu hubby belum Isyak. Cepat-cepat dia bangun solat dulu. Hubby tanya sakit perut cam mana. Aku kata macam nak berak. Sebab kalau bgtau senggugut, dia mungkin tak faham. Haha. Pastu hubby turun buatkan milo. Aku pun turunlah bawah, sambil minum sambil tengok tv. Ada rancangan Bolos pulak tu. Ketawa terbahak-bahak. Dalam hati fikir jugak kalau nak pi hospital biarlah dah settlekan Sayf pi sekolah dulu. Lepak-lepak depan tv sampailah 4.30am. Then terus ajak hubby tidur balik sebab rasa sakit dah berkurang. Bila bangun pagi, dah tak rasa sakit langsung. Aku pun bersiap-siaplah ke ofis mcm biasa. Hantar Sayf pi school mcm biasa. Okay fine. False alarm rupanya..

28/1/2015 (Rabu, W39)

Perut start sakit dari 4.30am. Sakitnya sama macam false alarm haritu. Macam senggugut. Terus rasa seram sejuk.  Macam nak berak. Memang membuang pun lepas tu. Cepat-cepat capai phone sebab nak kira contraction time. Rasa macam every 10mins. Aku just baring je menahan sakit. Malas nak kejut hubby. Sempat rekod sampai 6am je. Pastu aku terus tertidur sampai 7.30am. Tapi bila terjaga, terus tak rasa sakit dah. Okay fine. False alarm lagi rupanya..! Tapi kebetulan haritu ada check-up, aku terus decide nak MC. Tak berani nak ke ofis sebab rasa mcm dah tiba saatnya. 

Contraction time:
4.46am
4.55am
5.04am
5.13am
5.21am
5.31am
5.39am
5.46am
6.00am

Pas setel hantar Sayf, terus ke PMC. Check-up patutnya petang. Tapi aku decide nak jumpa pagi. Sampai PMC dalam 10.15am. Bila ambik no giliran, nurse kata turn aku no-18 dan doktor pun belum sampai lagi. Mak aiiihhh.. Nampak gaya petang jugaklah dapat jumpa doktor. 

Waktu tu 2x juga membuang kat hospital. Kadang-kadang terasa sakit perut tapi mild aja. Mungkin juga sebab nervous sampai perut pun rasa berdebar-debar. Aku dan hubby lepak Starbucks bawah tu aja utk menghabiskan masa.

Pancake coklat.. Sedap lagi kalau buat sendiri.. Haha

Gigih menunggu.. Nasib kerusi empuk.. Sampai nak terlelap pun ada..

Sampai 5pm jugaklah menunggu. Sakit bontot duduk lama sangat. Jumpa je doktor terus cerita kisah malam tadi. Doktor terus nak cek jalan. Bila cek, masih belum ada bukaan. Baby dah engaged. Doktor kata just tunggu jelah dan kebetulan haritu hari Rabu, so doktor bagi MC 3hari.


31/1/2015 (Sabtu, W39)

Sepanjang MC 3hari, memang tak sakit perut langsung. Rasa cergas semacam. Tidur pun lena. Kebetulan ada Sogo sale 30 & 31/1, so apa lagi. Tak cari barang baby pun, beli baju kerja hubby je. Ingatkan nak cari juga baju aku sehelai dua tapi malas sebab Sayf pun ikut sekali. Tak reti aku berjalan kalau tak bawak stroller. Bukan senang nak kawal tempat ramai orang camtu. Sampai Sogo 10.30am, 12pm dah settle semua. Sempat makan nasi ayam kat food court atas. Nyummm3. Balik je rumah, mak ajak pi Kuala Selangor pulak. Stay sana 1malam. Saje rehat-rehat kat De Palma Inn and makan seafood. Dalam hati risau-risau jugak tapi memandangkan rasa badan sihat, so ikutlah jugak. Kalau ikutkan kerja gila jugak ni. Kalau tiba-tiba sakit, mau sejam lebih jugak nak sampai PMC.  

1/2/2015 (Ahad, W39)

Alhamdulillah, malam tidur lena kat resort. Tak ada sakit apa-apa. Cuma batuk teruk sehari dua ni. Sampai terkencing & termuntahlah. Bila datang gatal tekak tu, hanya tuhan jelah yang tahu. Sampai area rumah dalam 3pm. Terus singgah farmasi beli ubat batuk. 

Pharmacist bagi ubat batuk ni. Rm6 je.. Sesuai utk aku yang dah nak bersalin ni..

Sampai je rumah terus solat Zuhur dan makan ubat. Sempat berehat petang tu atas katil bertiga dengan hubby & Sayf..

After maghrib aku ajak hubby pi Bukit Jalil. Kebetulan hubby baru beli kasut jogging, so semangatlah dia. Aku setakat nak berjalan je kat tasik tu. Kami kesana ditemani abah & adik aku. Yelah, Sayf tu lari boleh tahan gak lajunya. Dahlah ada tasik. Mau dia terjun ingat swimming pool. Bukan boleh percaya Sayf ni. So abah aku yang monitor Sayf. Hubby and adik aku jogging. Dapatlah 3round aku berjalan (dalam 1.8km). Sempat makan burger and minum laicikang sebelum balik rumah.

Singgah rumah mak hantar abah & adik. Bukak tudung saji ada nasi & sup sayur. Makanlah sikit, alas perut sebab malam belum pekena nasi. Haha..

Balik rumah solat isyak dan terus WA boss bgtau besok nak EL/MC. KL dapat cuti hari Isnin sebab Hari Wilayah jatuh hari Ahad. Selangor kerja. Memang malaslah kannn.. Nasib boss reply kata OK.

Sebelum tu sempat makan ubat batuk dulu.. Then terus ZZzzzZzzz.. 

2/2/2015 (Isnin, W40)

1.30am terus terjaga. Sakit perut. Sama dan sebijik rasa macam false alarm yang 2x tu. Alhamdulillah, batuk pun automatik hilang. Malas nak cek contraction period. Just layan sakit perut sambil pejamkan mata. Dengan harapan akan tertidur. Memang tertidur balik pun, haha. 

3.30am terjaga balik. Pelik sebab perut masih sakit. Terus kejut hubby. Cakap sakit perut. Hubby mula-mula malas nak layan. Tapi aku yang kejut dia 2-3kali. Aku siap kata, rasa macam nak kena pi hospital je ni. Terus dia bangun dan pi mandi. Pas hubby mandi, dia tanya macam mana. Aku kata still sakit. Aku pun bangun dari katil nak pi mandi jugak. Otw ke toilet rasa mcm something panas keluar dari vagina. Bila cek underwear, ada darah dalam besar duit 50sen. Terus panggil hubby. Nampak sedikit kegelabahan hubby selepas itu, haha. 

Sementara aku mandi, hubby siap-siapkan baju dan beg susu Sayf. Yelah, dah tiba masa nak pos Sayf kat rumah mak. Nampak pantas betul hubby aku buat semuanya, haha. 

Bila dah bersiap, aku minta hubby buatkan milo panas dan telur ayam kampung separuh masak. Call abah, kata nak hantar Sayf jap lagi sebab dah keluar tanda. Perut masih terasa menyengat-nyengat tapi rasa segar sebab baru lepas mandi dan minum air panas.

Pas setelkan Sayf, teruslah ke PMC. Alhamdulillah, sempat minta maaf pada mak & abah. Sampai PMC dalam 5am. 

Memang dari awal doktor dah pesan kalau sakit terus ke labor room. Tak perlu pi kat emergency. Yang kelakar, kat parking hubby tak jumpa wheel chair. Terpaksa perlahan-lahan naik tangga ke lobi. Memang waktu tu dah terasa sakit. Naik tangga sambil ampu perut. 

Sampai je lobi sunyi sepi. Tak macam waktu biasa yang ramai orang. Sebaik je melangkah masuk entrance labor room, terus nurse tanya itu ini sambil berjalan masuk ke labor room. Sangat professional sebab walaupun keadaan kita tengah sakit tapi cara dia bertanya tu proper sangat. Sempat lagi aku tanya doktor sampai bila. Nurse tu kata doktor dah sampai sebab ada delivery pagi tu. Legaaa hati aku.

Bila dah tukar baju semua, terus baring menahan sakit. Still tak kuat tapi memang dah terasa bukan false alarm lagi dah kali ni. Tapi time ni tiba-tiba rasa nak termuntah. Penangan milo + telur separuh masak. Memang muntah pun. Nasib nurse sempat ambikkan mangkuk. Haha.

Tag nama dah ready.. Saat yang ditunggu hampir tiba..

Nurse masih menyoal siasat. Semua undercontrol dan aku boleh menjawab dengan baik.

Dalam 30mins menunggu, doktor pun sampai. Excited sangat sebab saat yang aku nanti dah tiba. Doktor terus cek bukaan. 4cm katanya. Dalam hati aku berkata, WOW! Lega sangat. Atlis berbaloi dengan kesakitan yang aku alami. 

Pas doktor cek bukaan, sakit makin terasa.. Hubby kat sebelah tengah baca surah Maryam. Selalunya kalau aku baca sendiri, mesti 2hari baru habis. Tapi kali ni, sedar-sedar je dah habis. Aku dengar bunyi azan, tapi tak mampu nak tunaikan solat Subuh. Aku hanya pejam mata menahan sakit. 

Sekali sekala bila bukak mata, aku nampak hubby solat subuh kat sebelah katil. Pastu hubby keluar masuk toilet sebab sakit perut. Pastu makanan untuk breakfast sampai, hubby pun makan. Dia pelawa juga tapi apakan daya. Masa tu hanya pejam mata sahaja. Sekali contraction datang, aku tarik nafas dalam-dalam. Hubby yang masa tu sibuk mengunyah, suruh aku tarik nafas, hembus nafas. Tu je berulang kali. Ada jugak sekali tu aku nak termuntah bau mulut hubby. Tapi tak muntah pun. Haha

Selamat hubby habiskan.. Macaroni goreng..

Nurse ada offer nak epidural, pain killer or gas (entonox) tak.. Aku geleng kepala. Dah mindset dari awal. Katakan TIDAK pada semua tu..

Contraction makin kuat..

Dalam 7lebih macam tu (tak pasti sebab tak tengok jam), doktor pun sampai untuk cek bukaan. Katanya dah nak 8cm. Dalam hati aku, WOW WOW WOW! 
Sebelum doktor keluar, sempat lagi pesan kat doktor taknak czer. Haha. Nasib doktor faham sebab dia pun kata, "insyaallah boleh..mmg sayang sebab 1st dah czer kannn"..

Rasa bersyukur sangat sebab bukaan cepat. Walaupun dalam sakit-sakit tu, terasa semangat baru telah datang. Hubby pun siap cium dahi dan berkata "good progress sayang!".

Tiba-tiba nampak kelibat mak masuk labor room. Dalam hati terkejut gak tapi sakit contraction menguasai segala-galanya. Mak pegang tangan dan ururt jari jemariku.

Tarik nafas dalam-dalam, dan hembus.. Tarik nafas dalam-dalam, dan hembus.. Tu je yang mampu aku buat..

Ntah kenapa, aku dah rasa nak meneran.   Aku tekan butang merah utk panggil nurse. Sebab dah nak meneran sesangat. Midwife cek bukaan, still 8cm. Dia suruh aku mengiring ke kiri dan pesan aku supaya tahan daripada meneran. Saat tu aku dah macam meracau. Haha..

Sempat jugak tanya midwife, bila nak pecahkan air ketuban.. Pastu dia jawab, kita takkan pecahkan.. Biar semua natural..

Nurse offer untuk aku pakai gas entonox. Nurse tu siap kata, "saya letak je sini sebagai standby..kalau awak rasa tak tahan sangat baru pakai". Aku pun anggukkan jelah. Hubby pun setuju sebab pada dia better dari epidural dan pain killer. Aku sedut je gas tu bila contraction datang. Mula-mula rasa macam tak berkesan. Sebab sakit still kuat. Tapi lama-lama aku mamai... Telinga makin tak dengar. Mata ni dah memang tak nampak sebab tak pakai spek. 

Tiba-tiba aku rasa nak kencing. Rupanya air ketuban dah pecah. Mak ada sebelah time tu. Mak pun cuak sebab doktor still belum sampai.

Posisi aku masih mengiring ke kiri. Midwife duduk kat sebelah kanan aku sambil seluk vagina aku dengan jari kanan dia dan tangan kiri dia pegang punggung aku. Tak silap aku kaedah ni untuk menahan kepala baby selagi bukaan belum 10cm. 

Sambil tu midwife suruh aku tarik nafasss, hembussss, tarik nafasss, hembussss..

Aku masih mamai. Tapi sekali contraction datang, memang aku menjerit. Sorry to say, tak boleh control dah. Sebab rasa nak meneran sesangat dah. Midwife kata bukaan baru 9cm + dan still belum boleh teran. Kalau teran gak, nanti rahim bengkak. Itu yang midwife pesan berulang kali.

Mak aku pun tak sanggup duk dalam labor room tu. Bising sangat kot suara aku. Mak tunggu luar dengan abah. Hehe.

Disebabkan oleh mamai dek kerana gas tu, aku tak pasti aku terlelap sekejap ke atau mmg atas pengaruh gas tu ke.. Sebab bila bukak je mata, aku nampak doktor kat depan mata. Dorang dah siap-siap nak kangkangkan kaki aku. Terkejut jugaklah masa tu. Rasa macam dalam mimpi pun ada.

Waktu nak push baby ni aku dah kurang ingat. Yang aku dengar hubby kata dah nampak kepala sikit. Memang terasa ada benda seketul nak keluar. Bila contraction datang, tarik nafas dalam-dalam pastu teran je macam nak berak. Nurse pegang peha kiri dan midwife pegang peha kanana. Tak pasti aku try push berapa kali. Maybe a few times jugak. Sempat juga kaki kiri krem waktu nak meneran. Haha.

Akhirnya pada jam 9.18am, aku selamat melahirkan Seri Zawiya. 

Lepas je baby keluar, terus rasa mata ni segar dan fikiran terasa waras. Hilang semua sakit-sakit. Nurse ambik baby dan terus letak atas dada aku. Moment tu memang takkan tergambar dengan kata-kata. Aku hanya mampu menyebut Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah berulang kali.. Terasa besar sungguh kekuasaan-Nya. Ajaib sungguh. 

Tak apalah. Yang penting semua natural. Aku bersyukur sangat. Allah bagi aku merasa 2-2. Terasa bertuah pun ada.. Yang penting, baby dan ibu sihat. Tak kisah cara macam mana sekalipun. Nikmat bersalin tu still ada. Teringat sampai kering-kering bibir dok dalam labor room tu.

Pas masuk wad, aku makan punyalah banyak. Pas makan nasi, makan roti, pastu buat milo panas. Memang sehabis tenaga aku guna.

Keesokkan paginya.. Memang dari pas bersalin kerja aku makan je.. Lapor sungguh

Kembang setaman..

Dah nak check-out.. Alhamdulillah baby semua okay.. Stay 1mlm je..

Hari ke-5..

Hari ke-6..

Syukur padamu ya Allah.. Itu yang mampu aku ucapkan.. 

Itulah sedikit sebanyak cerita daripada pengalaman aku melahirkan Seri Zawiya..

Daaaaaa~

2 comments:

  1. mmm sebak je baca.. tahniah sis.. cant wait for my turn..

    ReplyDelete
  2. sakitnya bersalin...dah 4 kali bsalin normal..hanya Allah yg tahu..

    ReplyDelete