18 March 2015

Selamat berpantang 44hari!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, semalam genaplah berpantang 44hari. Legaaaaa..

Actually banyak yang aku mengelat sebenarnya. Haha. Tak laratlah nak strict sangat. Badan rasa fit, berbeza sangat masa lepas bersalin czer haritu. Cuma 2weeks pertama rasa tak selesa sikit part jahit tu. Tambah pulak kena melecet. Maybe sebab pakai pad lama, pakai bengkung lagi, duduk lama susukan baby, so tempat tu tak selalu dapat udara. Nipple pun crack masa awal-awal. Baby tak pandai buka mulut luas so jadinya teknik penyusuan tu salah. Rasa stress & rimas sangat masa tu. Nasiblah baby tak meragam. Benda ni memang wajib dilalui sebab lama-lama ia akan hilang dengan sendiri..

Cuma aku nasihatkan masa pas bersalin tu cuci vagina dengan daun sireh + garam dengan air suam. Ramas-ramas daun sireh tu. Serius rasa lega. Pastu anginkan depan kipas sebelum pakai underwear. Baru legaaaaa.. Haha.

Bab nipple crack tu, serius aku tak jumpa solutionnya. Pengalaman aku masa 2minggu awal tu nipple just crack aja. Tu pun aku dah nak nangis rasanya. Sakit wooooo.. Tapi nak masuk 4minggu, aku kena luka kat nipple kanan. Jadi ulser macam kat mulut tu. Ssssssaaaakitt yang amat! Rasa terbakarrrrr! Aku adalah try pakai electrik pump, kononnya taknak susukan direct. Alih-alih bila pump bukan susu yang keluar tapi darah. Memang menangis-nangis aku. Sebab electric pump akan force nipple. Lagilah sakit. Ada juga kawan suggest manual pump pakai tangan. Sempatlah aku buat 3x. Sekali pump dapatlah 1.5oz. 40minit tu! Tapi baby minum tak sampai 30saat dah habis. Haha. Pi farmasi dia bagi krim & pain killer. Bukan senang nak baik pun. Sebab baby sentiasa hisap, so susah luka tu nak cantum balik. Kalau ikutkan macam2 aku sapu. Olive oil, nipple cream (brand Palmer's), ice cube, tuam dengan tungku) tapi once baby hisap akan terkoyak balik. 2minggu gak aku menanggung tapi bila belah kanan dah baik, belah kiri pulak. Adooooi. Sekarang still tengah merana.. Waaaaa!

Kali ni berpantang memang tak macam anak 1st dulu (Sayf). Hari ke-3 dah pegang penyapu. Hari ke-10 dah balik rumah sendiri. Bukan apa, tak nak menyusahkan mak. Mak pun ada kerja dia yang nak diselesaikan. Buat kerja perlahan-lahan jelah. Tak adalah beria-ria. Aku pun tak faham bila org kata waktu berpantang tak boleh sidai kain, tak boleh pegang penyapu, tak boleh masak.  Semua tu bagi aku kalau kau ada bibik or laki kau buat semua tak apalah. Buat jelah slow-slow asalkan kerja berjalan. Lagipun baby kalau awal-awal ni kerjanya tidur je. Senang nak curi masa selesaikan apa yang patut. Kena cergas. Aku tak suka orang lembik-lembik ni. Haha. Cuma kalau duduk rumah bertiga (Sayf & Seri) aku memang fail! Satu kerja tak buat. Memang mencabar sungguh. 

Sekarang ni yang paling penting nak fokus turunkan berat badan. Masa preggy haritu punyalah kawal makan. Makan nasi sekali sehari je. Tapi naik jugak 17kg. Adehhhh. Tak apalah, asalkan semua sihat dan selamat. 

Nasib sempat keep track berat badan. Walaupun tak lengkap.

Before preggy 47kg
W14 - 51
W15 - 50.7
W16 - 50.9
W17 - 51.9
W18 - 52
W19 - 52.2
W20 - 52.9
W21 - 54
W24 - 56
W30 - 58.9
W34 - 61.7
W37 - 62.3
W38 - 63.75
W39 - 63.5
 
Lepas bersalin:
19hari - 55.6
30hari - 54.1
43hari - 53.4

Sekarang ni kalau nak back to 47kg, kena turunkan 6kg.

Yang aku amalkan sekarang:

Pagi - Minum oat segelas
Tghari - Nasi 
Petang - Biskut + Milo O
Malam - Nasi

Bab nasi tak reti nak skip. Haha. Cuma nasi tu aku tukarkan brown rice. Lauk sama ada sup ayam atau ikan stim atau ayam black pepper atau ikan masak kicap. Sayur pun aku buat sup (tak tumis). Buat air memang tak pakai gula langsung. Tu jelah yang mampu aku buat sekarang.

Masa 38hari aku dah start buat sit up 200x sehari. Nampak banyak tapi janganlah buat sekaligus. Buat sikit-siti time baby tidur. Hope ada perubahan.

Okaylah. Nak start masak dah. This week  aku jadi tarzan. Sebab Sayf cuti sekolah. Haha.

Meh nk belanja gambar baby..




Daaaaaa~

1 comment:

  1. saya dl sapu dengan susu ibu je. selain tu sapu cream medela punya. safe kalau baby hisap.

    ReplyDelete