23 April 2015

BOBA Baby Wrap

Assalamualaikum wbt..,

Bila dah ada anak 2 orang ni, pening pulak fikir nak bawak 2 stroller pi mana-mana. Bukan apa, tak muat bonet kereta. Sayf tu kalau berjalan bukan reti nak duk diam. Penat kita nak mengejar. So better dia yang kena ikat dalam stroller. Untuk Seri pulak aku pakai je baby wrap from Boba.



Aku beli dari baby fair kat PICC (Jan 2015). Harganya RM165. Harga terkini tak pasti. Maybe dah murah sikit. Memang besh pakai. Yang peliknya confirm Seri akan tidur or atlis dia akan behave. Cuma dia suka gesel muka dia kat dada aku. Terbau-baulah tu. Sampai merah-merah muka. So aku sumbatkan puting. Hehe.


Bila nak berjalan tak perlu fikir apa dah. Aku gendong je Seri. 

Siap dah melawat Zoo Taiping lagi..

Ni bibik kawan aku, Baktin. Tengok tu.. Bukan main lena Seri. Ni cara dia mengendong budak. Pakai kain batik je. Modal RM20. Haha!

Kalau dalam kereta aku pakai baby carrier ni. Brand Halford. Tengok tu kan sedap tidur tu..

Okaylah. Nak bersiap hantar Sayf pi school. Lagi 2weeks je nak masuk ofis balik... Kejap je 3bulan. Camnilah bila dah ada anak. Hehe..

Daaaaaa~

No comments:

Post a Comment