12 April 2015

Sayf masuk hospital (24/3 - 29/3)

Assalamualaikum wbt..,

The most scariest part in my life is when Sayf is not feeling well. Lebih-lebih lagi sampai nak kena masuk hospital. Kalau boleh memang taknak langsung Sayf check-in hospital tapi nak buat mcm mana. Batuk & selsema dah sebulan lebih. Salah aku juga sebab biarkan. Ingatkan boleh baik sendiri. Lagipun batuk & selsema on and off. So makan ubat pun sekali sehari je sebelum tidur. Biasanya batuk teruk bila lepas mandi pagi & lepas minum susu sebelum nak tidur. Yang kesiannya, sampai muntah-muntah bila datang gatal tekak. 

Tapi yang peliknya. Sayf kena batuk & selsema once dapat adik. Haha. Abang aku kata sayf "sakit tergugat". 

Ada juga ikhtiar makan ubat homeopathy tapi tak berkesan. Ulang alik klinik adalah dalam 4-5kali, sedut nab 2kali. At last doktor klinik suruh refer hospital. 

Nak dipendekkn cerita Sayf duduk hospital 6hari 5mlm. Kahak dah masuk peparu. Nasib Sayf tak demam. Sayf still aktif macam biasa & ceria kat hospital.

Doktor tak bagi aku teman sebab ada baby kecik kan. Fully breastfeed pulak tu. So hubbylah terpaksa berkorban. Sedih pulak rasanya duduk berdua dengan Seri kat rumah. Bosan sebab rumah asyik kemas je, hehe.

Alhamdulillah, now dah 2weeks Sayf discharged. Syukur kepadaMu ya Allah. Sayf dah sihat macam biasa and back to normal routine..

Menunggu nak masuk wad..

First day kat hospital.. Seri nak teman abang Sayf tapi doktor tak bagi.. Haha

Sedih tengok renungan Sayf.. Especially bila aku nak balik pas melawat Sayf 😭😭😭

6hari 5malam abi tidur sekali dengan Sayf dalam baby cot..

Seronok Sayf bila pakcik2 & makcik2 dia datang..

Culik Sayf kejap bawak pergi makan luar.. 

My handsome boy yang tak sihat..

Yeayy Sayf dah balik! Macam biasa.. Sepahkan barang-barang dia..

1week Sayf ponteng sekolah.. Abang Khalish rindu bukan main ya..

My hero.. My everything..




No comments:

Post a Comment