19 October 2015

Happy 3rd Birthday Sayf!

Assalamualaikum wbt..,

Harini 19/10/15 genap umur anakku, Sayf, 3tahun. Syukur ya Allah. Kau kurniakan kami anak yang bijak dan pandai mencuit hati semua orang. 

Semoga Sayf membesar dengan baik dan sihat, menjadi anak yang bijak, soleh dan berjaya di dunia mahupun akhirat. 

Mama juga akan berusaha mendidik Sayf sebaik yang mungkin, bersabar dan terus bersabar dalam memikul tanggungjawab untuk menjaga Sayf, Seri dan seluruh keluarga kita..

Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Betapa sayangnya pada anak-anak. Walaupun selalu mengeluh sebab penat, tapi inilah nikmat sebenar dalam kehidupan berkeluarga. Semoga Allah berikan aku kesabaran yang paling tinggi. Begitu juga pada suami utk melayan keluhan aku setiap hari. Akanku cuba perbaiki diri dan bijar mengatur masa dalam menguruskan rumahtangga. Dulu bila anak sorang, tak terasa lagi kelam kabutnya. Tapi bila dah masuk dua, terasa sangat-sangat. Hope pasni dan seterusnya, lebih tiptop dan manageble.

Kami..

Lebar senyum..

Kek dari Maklong Sayf tak pernah mengecewakan.. Sedap sangat..

Sayf bersama Ayahngah.. 

Khalish pun sempat posing..

Sementara anak-anak kat pakcik2/makcik2 dorang.. Selfie jap.. Hehe

Celebrate dengan Atok Semenyih..

Kek dari Maklong Sayf juga.. Sedapppp!

Sayf tak ada mood masa ni sebab kena kejutkan dari tidur.. Hehe

Thanks Abi Sayf for the decoration..

No comments:

Post a Comment