30 October 2015

Tips kurus selepas bersalin

Assalamualaikum wbt,

Lagi 2hari anak kedua aku, Seri Zawiya 9bulan. Rasanya tak lambat lagi nak share tips kurus selepas bersalin anak no-2. Adatlah, busy dengan hal dunia. Hehe..

Kali ni aku start exercise awal sikit, seawal hari ke-30 waktu tengah berpantang. Badan rasa fit sebab berpeluang bersalin normal. Beza sangat masa bersalin czer (anak no-1), after 6bulan baru aku betul-betul confident nak diet. Boleh baca entry sebelum ni ya Tips kurus selepas bersalin

Mindset aku kalau nak diet MESTI KENA CONTROL MAKAN. Aku adalah orang yang jenis tak boleh tinggal nasi walau sehari pun. So menu wajib tetap nasi. So since day 1st berpantang, kita dah boleh start diet. 

Menu pantang semua orang lebih kurang sama je kan. Tak perlu nak spesifik sangat heh. 

Untuk breakfast biasanya aku makan roti bakar sapu butter & gula sikit, 2keping dengan milo-O (NO SUGAR!). 

Untuk tengahari & makan malam semestinya nasi. Waktu makan tu cuba strict & punctual sikit. Lunch 12tghr, makan malam 6.30petang. Untuk nasi cuba korang tukar ke brown rice. Kadar karbohidrat lebih rendah dari beras biasa. Janganlah makan beras wangi sebab confirm bertambah-tambah nanti. Kalau bab lauk, aku cukup suka sup ayam/ikan or singgang ikan. Kalau sup ayam/ikan tu, aku selalu campurkan sawi & carrot terus. Senang. Korang makanlah sebulan lauk ni. Confirm turun punya. Paling sikit pun 1-2kg. Aku boleh turun 4kg. Kalau dah rasa tak lalu, buatlah ayam goreng masak halia or black pepper sekali sekala. Minyak tu tukarlah kepada minyak zaitun. Bila tiba tahap bosan dengan lauk-lauk orang berpantang, buatlah kari or masak lemak ayam/ikan. Makan dengan kicap, utk lepaskan gian sekejap. Pastu jangan lupa back to menu sup-sup tadi ya. 

Kalau petang dalam jam 3/4petang tu mesti dah lapar balik. Aku akan makan biskut dengan milo-O (NO SUGAR!). 

Sebelum tidur, aku akan minum susu oat segelas (susu tepung Nestle/Everyday 2sudu besar, oat 3sudu besar). Sebab nak berjaga malam 2/3/4kali kan. Nanti tak best pulak if perut bunyi-bunyi time susukan anak.

Bila dah hari ke-30, aku start buat sit up. At list 100x sehari. Buat sikit-sikit tak kira masa. Curi-curi buat masa tengok tv, masa anak tidur, masa tak ada buat apa. Sebelum exercise tu jangan lupa sapu minyak pati halia & pakai bengkung.

Bengkung Cosway (harga less than Rm20 masa 2tahun lepas)

Pati halia Yusmira, Rm30

Aku sarankan korang teruskan menu berpantang & exercise ni sepanjang korang maternity leave (bagi yang tak bekerja, boleh continuously kot hehe). Yelah time ni korang betul-betul boleh fokus. Ingat, gunakan maternity leave sebaik yang mungkin! Atlis 1st day masuk ofis korang boleh sarung baju or seluar sebelum preggy. Jangan pakai baju maternity balik sudah. Bila dah start kerja, susah nak cerita. Lunch mesti keluar jauh-jauh cari port makan sedap. Boleh je tapi sekali sekalalah. Unless kalau korang bawa bekal sendiri. Boleh skip / tolak pelawaan officemate. Hehe.

Kita berdiet ni bukannya nak kurus kering or nak dapat shaping or cutting macam anak dara dulu-dulu (pada aku, imposibble kot bila dah beranak pinak ni). Tapi atlis boleh maintain berat sebelum preggy. Kalau turun banyak, lagi bagus. Means usaha tu berhasil. Tapi yang penting, control makan & exercise. Bukan bergantung kat ubat/pil kurus. Korang akan dapat rasakan sendiri kepuasannya. Perut tak menggelebeh, peha/pinggul mengecil, muka tak sembab. Confidence level pun menaik kaw-kaw. If korang sedar, memang banyak yang positif.

Lagi satu, kalau ada sports activity kat ofis korang mcm yoga, zumba, aerobik class or ada gym, PLEASE JOIN. So far aku join bootcamp workout kat ofis. Nasiblah company bayar, alhamdulillah. Asalkan ada aktiviti yang sihat.

Ni adalah berat yang sempat aku track sepanjang mengandung 9bulan. Overall naik 16kg. 

Before preggy: 47kg

Masa preggy:
W14 - 51
W15 - 50.7
W16 - 50.9
W17 - 51.9
W18 - 52
W19 - 52.2
W20 - 52.9
W21 - 54
W24 - 56
W30 - 58.9
W34 - 61.7
W37 - 62.3
W38 - 63.75
W39 - 63.5

After deliver:
19hari - 55.6
30hari - 54.1
43hari - 53.4
73hari - 51.4

Sekarang, after 9month delivery: 49kg

Waktu ni 36w..

Waktu ni 38w.. 

Waktu ni 39w..

After 3months delivery & dah start high intensity workout! Waktu ni 50kg..

After 6months delivery, still 50kg tapi peha/pinggul mengecil..

Sekarang, after 9months delivery. 49kg. Kalau boleh nak turunkan lagi 2kg. InsyaAllah..







1 comment: