23 November 2015

I'm a mother of two.. So what?

Assalamualaikum wbt..,

Sejak bersalin anak kedua, Seri Zawiya, kebolehan aku utk bersilat semakin hebat. 
Fuhhhh, memang terasa beb..
Masa anak sorang dulu, consider honeymoon lagi..
Tapi bila dah masuk anak 2orang, mostly everyday aku jadi tarzan..
Ingatkan gap 3tahun between Sayf and Seri kira sesuai sangat dah.. Rupanya tak.. Adeehhhh..

Bukan nak mengeluh, tapi setiap saat aku cuba dan cuba utk bersabar..
Bersabar melayan karenah Sayf yang masih belum faham "JANGAN, NO, TAK BOLEH, NANTI dan SEKEJAP"..
Sebab tu bila Sayf melalak, aku cuba pekakkan telinga..
Kebiasaannya pastu makin kuat, haha..
Kadang-kadang terlepas jugak marah ni..
Tapi pastu memang confirm menyesal..

Aku hanya mampu menunggu dan berdoa agar lambat laun Sayf akan faham juga..






Tapi walauapa pun yang berlaku, mama sayangkan Sayf sampai bila-bila..

Seri Zawiya dah nak masuk 10bulan..
Alhamdulillah masih fully breastfeed..
Baru start merangkak last week..
Bila dah merangkak, nampak Seri dah pandai tidur lama..
Malam pun dah tak kerap berjaga utk menyusu..
Kalau tak, hampir 2jam confirm bangun..
If bangun malam 2-3x aku rasa okay lagi..
Tapi kalau 4-6x, mesti aku bad mood sikit bila nak ke ofis.. 
Mulalah tiba-tiba rasa nak EL lah, nak MC lah..
Tapi tak boleh dah sebab AL dah habis sampai ke hujung tahun..
Cuti dah tak ada pasal this year 2015 mmg champion Sayf & Seri keluar masuk hospital (demam & batuk)..
Yang penting sekarang ni alhamdulillah, dorang dah sihat dan kembali aktif seperti biasa..




Mam pun sayangkan Seri sampai bila-bila..

Dalam masa yang sama, aku giat aktif bersukan sekarang ni..
Dah alang-alang kat rumah bersilat, so why not kat luar pun bersilat jugak.. 
Bila dah ada 2org anak, semua benda kena buat cepat-cepat & laju-laju..
Tak ada chance dah nak slow melow..

Syukur selepas bersalin Seri, aku terasa badan aku fit..
Maybe sebab since dalam pantang aku dah buat exercise..
Taklah rasa badan ni lemau sangat..

Battle of Platoons challenge kat UPM.. 

Our platoon.. 35orang..

Baru 1st time join terus champion okay.. Rasa cam dalam mimpi je..

Setelah sekian lama tak pegang medal emas.. Last pun masa sekolah rendah dulu menang larian 100m.. Haha

Charity run 5km..

We made it! 5km dalam +-40mins okay! Tak percaya rasanya..

Thanks juga pada kawan-kawan yang gila2 supportive.. Kalau tak kerana dorang, aku malas nak join benda2 alah camni..

Bila join aktiviti-aktiviti sukan ni, memang banyak yang positif dari negatif..
Positif side is aku rasa sangat-sangat enjoy dan puas hati dengan 1 benda yang aku rasa mustahil nak buat tapi at last aku mampu melakukannya sampai ke garisan penamat..

Negatif side is tanggapan orang terhadap aku yang ada anak kecik ni.
Aku minta tolong husband or mak aku utk tengok-tengokkan Sayf & Seri.. 
Nasib event2 yang aku join ni start seawal 5/6pagi dan habis dalam 10/11pagi..
Sebelum tinggalkan dorang, aku pastikan makanan dan baju2 dorang dah siap.. 
Terima kasih husband.. Terima kasih mak.. Hehe

Whatever it is.. Aku seronok dan bersyukur dengan kehidupan ini.. Alhamdulillah..


















No comments:

Post a Comment