10 December 2015

Selamat Hari Lahir Mak - 57tahun

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, bertambah 1 tahun lagi umur mak aku.
Lahir pada 6/12/1958, setahun selepas kemerdekaan.
Jadi, bila tanya pasal perang jepun mak memang tak tau.
Tak macam aku dulu, asal balik kampung arwah nenek je, mesti cerita pasal perang jepun.
Makan ubi rebus, menyorok dalam masjid, dalam terowong bawah tanah dan macam-macam lagi.

Tahun ni, pada hari lahir mak, kami berada di Pekan, Pahang. 
Ada kenduri aqiqah anak sepupu.
Tempat mak membesar (tapi mak lahir di Terengganu).
Alkisahnya dulu arwah atok dan nenek bercerai.
Mak ikut arwah nenek, arwah atok tinggal bersama anak-anak lain di Terengganu.
Kalau diikutkan, aku ada ramai sedara mara.
Sebab sebelum arwah atok & nenek berkahwin, dorg dah ada pasangan yang telah meninggal dunia.
Alhamdulillah, hubungan kami (pakcik/makcik/sepupu/2pupu) masih baik hingga kini..

Mak suatu ketika dahulu.. Umur masih awal 20-an.. Cantik sangat.. Masa ni baru sorang anak..

Aku bersyukur kerana masih mempunyai mak.
Setiap kali dalam kereta sewaktu ke ofis, aku akan doakan mak abah aku.
Sedekahkan Al-Fatihah.
Minta Allah sihatkan mereka, permudahkan urusan mereka dan lindungi mereka.

Tapi aku sedih dan kecewa.
Sebab masih belum mampu membantu mak.
Mak masih sibuk mencari duit demi keperluan hidup.
Adik masih belajar. 
Hidup di KL pula tu.
Kalaulah aku KAYA, aku belikan rumah besar khas untuk mak dan abah.
Boleh cucu-cucu main menyorok sampai susah nak jumpa.
Hire bibik 2org. 
Sorang utk tolong mak buat kerja rumah. 
Lagi sorang tukang urut.
Mak & abah boleh travel mengelilingi dunia.
Mak dah tak perlu jaga cucu-cucu.

Tapi..
Gaji aku hanya cukup-cukup makan.
Bayar sewa rumah, kereta, babysitter, keperluan anak-anak, minyak kereta, tol dan barang dapur.
Lepas tu..
Terasa sesak nafas bila menunggu hujung bulan.
Begitulah bulan-bulan seterusnya.
Haihhhhh~

Semoga Allah panjangkan umur mak, sembuhkan penyakit darah tinggi & kencing manis mak. 
Aku masih perlu berbakti dan membalas jasa-jasa mak.
Aku akan bekerja keras supaya hidup kita sekeluarga bertambah senang dan sentiasa diredhai-Nya.

Shiela saaaayaaaaaaang mak!

6/12/2015 - 57tahun

Tak jemu melihat wajah mak..

Daaaaaa~





No comments:

Post a Comment