20 May 2016

Rutin setiap pagi



Assalamualaikum wbt, 

Sebenarnya rutin aku setiap pagi sweet sangat. Tapi ada masa pasang surutnya. Kadang-kadang Sayf good mood, Seri melalak. Ada masa Seri good mood, Sayf pulak melalak. Kalau 2-2 good mood, semua kerja jadi cepat dan aku pun sampai ofis awal, semangat sungguh nak mulakan kerja. Tapi kalau salah sorang mood tak elok, mulalah berkerut seribu muka aku kat ofis,  haha. 

Yang penting, sebelum setelkan dorang,  bekal Sayf & Seri wajib buat dulu. Untuk Seri, aku bekalkan bubur aja. Kalau Sayf, dia dah pandai bosan. So kena varietykan. Nasi/kuew tiaw/mee goreng dan pasta dengan carbonara sos. 

Tapi kalau nak dorang good mood keesokkannya, pastikan dorang tidur awal. Biasanya 10pm semua dah masuk bilik. By 10.30pm if 2-2 dah tidur, insyaAllah besok dorg tak meragam. Tapi kalau tidur 11pm ke atas, mulalah berdrama besoknya. Biasanya Sayflah. Dia buat liat nak bangun, nak pi mandi kena berangkat sampai ke pintu toilet, nak pakai baju lari dari 1 bilik ke 1 bilik. Nak kena buat lawak dulu bagi dia gelak. Layankan jelah. Si Seri kalau dah tengok gelagat abang dia tu, dia pun terkinja-kinja. Risau takut main bukan-bukan or pi kat tangga, terpaksa letak Seri dalam baby cot. So start dari situ confirm melalak. Adehhh.. Tak baik tau buli mama..

Kalau 2-2 mood baik if salah sorang bangun dulu, senang nak setelkan. Biasa Seri akan bangun awal. Setelkan dia dulu pastu pujuk suh main dalan baby cot. Letakkan buku banyak-banyak dalam tu. Bolehlah dia leka sementara nak uruskan Sayf. Kalau tak ada drama melalak, tenang je semua. Bukan apa sayangku, mama akan cepat panik kalau ada drama melalak ni. Nanti kelam kabut jadinya. Dah cepat boleh jadi lambat. Yang ingat boleh jadi lupa.

Doakan mama dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik sepanjang menguruskan anak-anak kesayangan mama ya.




No comments:

Post a Comment