06 June 2016

Salam Ramadhan 2016

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Masih pertemukanku di bulan Ramadhan kali ini. Dapat berkumpul sekali lagi bersama suami, anak-anak tercinta, mak abah dan adik beradik yang paling aku sayang di dunia ni. Begitu juga dengan keluarga mertua. Syukur ya Allah. Semoga Kau panjangkan umur orang-orang yang ku sayangi ini.


This year kami decide nak berbuka kat rumah sendiri. Walaupun rumah mak kat lorong lain je tapi memandangkan Seri tengah giat aktif berjalan ke sana sini, better kami duk berbuka kat rumah diam-diam. Lagipun biarkan mak & abah berbuka puasa dengan tenang, solat maghrib dengan kusyuk dan berehat sementara nak teraweh. Tak nak tambah keserabutan orang tuaku. Cukuplah mak & abah tolong jagakan Sayf selama ni. Dah tiba masa kena berdikari dan disamping tu boleh asah bakatku dalam memasak.

Inilah budak yang ligat kemain tu..


Semoga suamiku telan ajalah apa yang aku masak, haha. Tapi memang dia telan je. Puji tidak. Cakap tak sedap pun tidak. Sangat tak membantu.. Haha


Semoga aku diberi kekuatan dalam menempuh bulan Ramadhan ni, amin. Semoga juadah yang aku sediakan buat suami dan anak-anak juga sedap sampai menjilat jari. Amin3.

Salam Ramadhan dari kami sekeluarga 😁

No comments:

Post a Comment