20 July 2016

TM Fan Run 2016

Assalamulaikum wbt..,

Alhamdulillah. I have made it! 
Finisher of 10km with pace yang ala kadar je. 
This is my 3rd of 10km running event. 
Will be more after this, insyaAllah.
Let's say kalau preggy, kena hibernate kejaplah. Hehe

Jadi addicted pulak nak join running ni. 
Bukan apa, moment lepas sampai ke garisan penamat tu punyalah nikmat.
Tak tau nak explain macam mana.
Masa lari tu punyalah rasa separuh nyawa je, siap nak tahan ambulance pun ada.
Tapi mental yang control semua.
Seriusly. 

Event kali ni minggu ke-2 Syawal. 
Mana ada training langsung.
Last aku lari masa May haritu (larian Bomba).
Bayangkan 2bulan tak exercise langsung dan makan tidur je kerja aku (normal routinelah kan).
Dengan one day before the event, sibuk beraya dari pagi sampai ke malam.
Makan punyalah macam-macam.
Cuak sangat sampai ingat nak cancel je.
Cuma dah bayar, tak jadi cancel. Haha.
Dengan izin Allah, semua berjalan lancar.

Tapi sebenarnya mental kena lagi kuat dari fizikal.
Kalau mental tak ready, memang tak sampailah ke garisan penamat.

Pada aku, pasang lagu-lagu besh pastu lari je.
Mind free gila waktu ni.
Kalau tak larat, berjalan.
Pastu sambung lari balik. 
Pastu berjalan balik sambil enjoy view.
Siap sempat snap pic dan cek WA lagi.
Nampak mudah je kan.

Sebab tu bila time lari, aku muhasabah diri bila tengok orang yang dah tua, kurang upaya or even budak kecik pun punya semangat berlari.
Tu salah satu semangat aku. 
Aku akan fikir, kalau dorang mampu buat kenapa bukan aku?

Kepuasan tahap maksima bila aku mampu melakukannya.

Tengah tunggu flag off. Cuak gila time ni.

Sempat berselfie dengan ofismate waktu 5km. 

Alhamdulillah. Terasa champion sangat time ni. Haha

Husband bersama ofismate. Geng bootcamp terjebak running.

Pas habis event makan nasi lemak. Hehe. 

Finisher of 10km.

No comments:

Post a Comment