08 September 2016

Cerai susu

Assalamualaikum wbt..

Dah hampir sebulan Seri dah bercerai susu denganku. Sedih sangat. Rasa seolah-olah Seri dah tak sayang aku. Waaaa!

Macam mana bercerai susu?

Ceritanya mcm ni. Waktu Seri 18bulan, aku perasan dia kerap masukkan jari dalam mulut. Sampai meleleh-leleh airliur dia. Dalam hati aku berkata "nak tumbuh gigi lagi gamaknya". Padahal waktu tu Seri dah ada 14batang gigi. 

Sampailah ke 1hari ni aku tak ingat tarikh tapi hari Jumaat, sesudah balik kerja. Aku susukan Seri mcm biasa. Waktu tu kat rumah mak. Seri menyusu mcm biasa tapi lepas tu dia gigit. Arghhhh! Menjeritlah aku! Dalam masa yang sama, terbuntang mata Seri terkejut. Pastu Seri dok acah-acah nak gigit lagi. Seri macam menunggu aku marah dia. Pastu aku suruh Seri bangun dari riba, sebab cuak kan. Seri pun sambunglah bermain. 

Situasi ni berulang lagi. Bila Seri nak menyusu, dia akan try nak gigit sambil mata dia tajam merenung aku. Dengan harapan aku akan marah. Apabila aku marah, dia terus bangun dari riba aku. 

Setelah berhari-hari camtu. Bila aku tanya "Seri nak nenen?". Seri akan menggeleng. 

Sampailah ke saat ni, bila aku tanya soalan yang sama, Seri akan menggeleng dan beredar dari aku.

Sedih tak cerita aku ni? Hanya mak-mak je yang faham. 

Bercerai susu waktu kita belum ready mmg main mental habis. Sebab nak mengharung bengkak susu. Tidur malam rasa nak nangis je. Even sebelum tidur pam pun, nak menunggu ke pagi rasa seksa. Sakit wooo bila bengkak susu. Bila nak mandikan Sayf rasa geram je. Yelah, pagi-pagi ikut mood kadang-kadang dia meronta-ronta. Kita pulak tengah bengkak kat situ, risau kot-kot Sayf tersiku ke tertendang ke. Adehhhhh.. Dugaaan..

Soal bab susu formula. Masa tu mmg dah topup sebab ready stok tak cukup. Seri minum Anmum Essential. Kebiasaanya babysitter akan bancuh 1-2botol aja. Tapi bila dah bercerai susu, waktu Seri bangun malam or bersama aku seharian dia akan minum susu formula sepenuhnya. Kalau pam pun, aku terus bagi aja. Selang 2-3hari, Seri jadi cirit birit. Bila minum je susu, lepas 10mins, dengar Seri "proottproottttproott". Dalam hati aku tak boleh jadi ni. Confirm susu ni tak serasi. Lepas tu try bagi susu Sayf, FrisoGold Step 4 (>3y).. Walaupun step tak sepatutnya tapi aku try bagi jugak. Masih cirit birit. 

Aku jadi bingung sangat. Sebab punggung Seri dah melecet teruk. Aku tak tenteram kat ofis memikirkan susu apalah yang sesuai dengan Seri. Pastu atas suggestion kawan-kawan, aku bertukar ke susu soya. 

Disebabkan nak try, aku cari brand yang jual packanging kecil which is DugroSoy. Balik je rumah, aku terus bagi. Masa mula-mula bancuh, aku try bau. Ya Allah, tak menarik baunya. Macam bau minyak gamat. Bila dah basuh botol pun, baunya masih melekat. Seri okay je dia minum apa-apa susu yang aku bagi. Dia tak memilih. Tapi keesokkannya Seri jadi batuk dan badan naik ruam. Terus aku stop dengan DugroSoy. 

Selepas stop DugroSoy, aku dah bingung nak bagi susu apa. So aku proceed dengan Fresh Milk Goodday. Seri pernah minum susu ni sebelum aku perkenalkan Anmum Essential. Sempatlah aku beli 3kotak. Cirit birit masih lagi dan batuk Seri berpanjangan sampai kena pi klinik ambik nab 2x. 

Masa tu aku rasa give up sangat. Nasiblah Seri tak demam dan masih aktif seperti biasa. Cuma kesian dengan punggung dia yang melecet tu dan ada ruam kat badan. Asyik suruh kita garu belakang bila Seri start panas or berpeluh. Kesian sangat..

At last aku try bertukar kepada susu kambing. Mula-mula aku beli kat farmasi. Brand murah sikit dari Karrihome which is  PureNat. Rm41/400g. Memang pricey tapi aku gigihkan beli 1tin utk mencuba. Btw before tu aku dah try pi 2-3klinik & farmasi tanya sample susu tapi tak ada. Nak tak nak kena beli kalau nak cuba.

Alhamdulillah, selepas sehari nampak najis Seri kembali cantik dan kekerapan membuang tu dah kurang. Aku lega sesangat. Tapi lepas tu aku try susu kambing brand local. Aku try Labana & Lazz. So far nampak okay. Tak cirit birit lagi. Walaupun ruam masih ada tapi berkurang. Cuma susu kambing local ni tak ada dijual di farmasi or pasaraya. Kena cari kat kedai-kedai jamu. Tu yang leceh sikit. Sebab dah terbiasa beli susu anak kat Speedmart. Hehe.

Walaupun susu kambing ni agak mahal, dalam Rm80-90 per kg. Paling kurang mau 4kg sebulan. Terpaksalah jugak teruskan demi Seri. Sayf yang minum susu FrisoGold sebelum ni terpaksa downgrade ke Dugro, haha.  

Alhamdulillah, berakhir sudah drama cerai susu Seri. Agak tragis bagi aku. Haha.

Inilah budaknya. Bercerai susu pada umur 18bulan..

My princess.. Love u sayang...

Suka makan buah apple.. 

Ligat.. Tak dok diam..

Suka cat.. Seri akan cakap "nyiaw"

Seri ooohhh Seri.. Manyak mulaaaat!

Okaylah. Terima kasih mendengar potpet aku harini..

Daaaaaaa~


No comments:

Post a Comment